Rindu Anak Bini, Tukang Sapu Buat Bentuk ‘Love’ Guna Daun Kering Menyentuh Hati
Setiap insan berhak untuk memaparkan rasa cinta dan sayang mereka terhadap individu-individu yang terpenting dalam hidup mereka. Agak menyedihkan apabila terpaksa berhadapan dengan realiti terpaksa berjauhan dengan keluarga ataupun pasangan, kerana kekangan kerja.
Namun, kadang-kala perkara tersebut terpaksa ditelan pahit oleh mereka di luar sana hanya kerana ingin mencari rezeki agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih baik. Luahan rasa rindu hanya mampu diubati dengan mendengar suara ataupun membuat panggilan video sahaja.
Buat bentuk hati semasa sedang menyapu!
Beberapa keping gambar tersebar di media sosial beberapa hari lalu telah berjaya menyentuh hati hampir seluruh pengguna internet. Seorang tukang sapu dilihat membuat bentuk hati menggunakan daun kering bukan sekadar suka-suka bertindak sedemikian.
Rupa-rupanya, tukang sapu di Dubai ini sedang merindui anak dan isterinya dan bakal terbang pulang bertemu mereka pada bulan hadapan.
Termenung sambil melihat bentuk hati yang dibikin
Di ruangan komen pula, ramai yang menyatakan perasaan sayu dan sedia yang terpaksa oleh lelaki ini demi kebaikan nasib keluarganya.
Sumber: Twitter.