Marah makanan tak cukup, wanita tidak halalkan bayaran rm2 untuk rider


Korang selalu tak bagi ‘tip’ atau sedekah duit baki dekat food rider yang hantar makanan? Tapi, seorang rider baru-baru ni kongsi kisah perangai pelanggan dia yang tiba-tiba ‘tak halalkan’ duit yang baru disedekahkan.

Melalui perkongsian di Facebook, Khairul Haffendy Othman menunjukkan screenshot perbualan dia dan pelanggan wanita itu. Melalui mesej itu, pelanggan itu bagitahu Khairul yang dia tak menghalalkan wang lebih yang dia beri kerana makanan yang dihantarnya tidak mencukupi.

Dik. Kak tak halalkan duit terlebih kak bagi. Sebab makanan tak cukup. Call center pun tak angkat.”

Khairul bagaimanapun tidak terus melenting, sebaliknya membalas mesej pelanggan tersebut dengan baik dan memaklumkan yang dia akan sedekahkan semula wang lebihan yang tidak dihalalkan itu.

Kak, saya hnatar yang mana kedai bagi kak. Terima kasih kak kerana tak halal duit RM2 kak tu. Duit tu nanti saya masuh tabung masjid nah kak. Saya tak mau rosak rezeki saya dengan family saya.”

Menurut mStar, ia bukanlah sekadar ‘sembang kosong’ tapi Khairul memang betul-betul letakkan duit itu di tabung masjid nak sempat mengambil gambar untuk ditunjukkan kepada pelanggan berkenaan.

Perkongsian itu mendapat lebih 4.9 ribu shares di Facebook dan ramai netizen mengutuk sikap wanita tersebut kerana menyalahkan rider sedangkan mereka hanya ‘orang tengah’ sahaja. Antara komen netizen,