56 Kilang, Premis Perniagaan, Tapak Pembinaan Diarah Tutup


Sebanyak 56 premis membabitkan kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi prosedur 0perasi standard (SOP) yang ditetapkan ker4jaan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan itu h4sil tindakan pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 83,031 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara membabitkan k3kuatan 20,311 anggota.

“Pemeriksaan dilakukan terhadap 2,568 kilang, 16,960 premis perniagaan, 900 tapak pembinaan dan 379 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu susulan pengumuman kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan dan SOP diwartakan.

Sumber : Hmetr0