Ada Yang Pertlkai, “Tak AdiI Dia Boleh Urus Jen4zah Isteri Hingga Ke Iiang Iahad Kerana Dia Artis?”


Pelawak popular, Shuib Sepahtu telah diberikan kesempatan untuk menguruskan jenazah serta menunaikan solat jenazah buat arwah isterinya semalam.

Shuib yang dilihat berpakaian serba lengkap peralatan perlindungan diri (PPE) pada pengebumian arwah isterinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu Gombak dilihat telah menarik warga maya untuk memberikan pelbagai pandangan dari sudut yang berbeza malah ada juga yang turut mempertikai keberadaan pelawak berkenaan di kawasan perkuburan terbabit.


Sekitar pengembumian jenazah Allahyarhamah Siti Sarah pada Isnin.

Keberadaan Shuib menemani jenazah isterinya hingga ke liang lahad juga tidak terlepas pertikaian dan kecaman daripada warga maya yang dilihat tidak puas hati kerana diberikan peluang terakhir sebegitu.

“Mana bole macam ni orang lain tak dibenarkan”

“Bukan nak mengadu tetapi rasa mcm double standard, kerana dia artis? bukan dia seorang sahaja yang kehilangan tersayang.

“Ramai lagi yang rasa seperti ini, ini adalah tidak adil, kita tak merasa apa yang org lain rasa,” antara komen warga maya yang kurang senang dengan keberadaan Shuib di sana.


Shuib ketika menunggu pengurusan jenazah Allahyarhamah Siti Sarah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia

Difahamkan, Shuib mendapat kebenaran untuk menguruskan jenazah arwah isternya kerana telah memotong gelang kuarantin dan mendapat kebenaran daripada pihak Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ekoran daripada itu, terdapat seorang individu yang bernama Mat Yoe tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang berbangkit ini.

Menurutnya, sekiranya ingin menguruskan jenazah ahli keluarga yang meninggal akibat COVID-19 adalah dibenarkan tetapi perlu mematuhi segala prosedur yang ditetapkan oleh pegawai yang bertugas berkenaan.

Antara syarat yang perlu dipatuhi untuk menguruskan jenazah COVID-19 adalah bukan dalam kuarantin, tidak bergejala, bukan dari kawasan PKPD, sihat tubuh badan, tiada penyakit kronik dan patuh kepada arahan pegawai bertugas.


Difahamkan juga, segala SOP boleh diubah mengikut kesesuaian keadaan semasa bergantung kawasan yang terlibat dan atas budi bicara pegawai yang bertanggung jawab bagi menguruskan kes kematian tersebut.

“Dia dapat buat semua tu bukan sebab dia artis”.

“Ramai je rakyat biasa yang boleh urus jenazah waris masing-masing”.

“Bersepah video yang dikongsikan oleh waris di Facebook dan Tik tok”.

“Pengalaman aku dan rakan-rakan urus 41 jenazah (semua orang biasa,bukan artis), ahli keluarga terdekat boleh je urus”.

“Pengecaman jenazah mesti dilakukan oleh ahli keluarga terdekat, solat jenazah boleh sertai dan pengebumian pun boleh serta,” jelas Mat Yoe.