“Ya Allah, Tolong Selamatkan Jantung Baby Soffea”.Mohon Doakan Kesembuhan Baby Soffea


Pada 14hb April 2021, tanggal 2 Ramadhan telah lahir seorang bayi perempuan yang cukup comel. Usai diazankan, abi dan umi menamakan anak syurga cahaya mata pertama ini dengan nama seindah wajahmu, Nur Soffea Al Insyirah.

Sejurus dilahirkan, baby Soffea tak dapat bernafas dengan baik. Nurse yang menjaga perasan dada Soffea berombak kencang. Bacaan oksigen menunjukkan hanya sekitar 80 peratus sahaja. Soffea terus dipasangkan dengan alat “Headbox” dan bacaan oksigen terus dipantau rapi.

Masuk hari kedua kelahiran mu, Doktor Pakar Kanak kanak merasakan sesuatu yang tidak kena kerana oksigen masih juga tidak dapat diturunkan. Maka tubuh kecil Soffea dibawa untuk mendapatkan imbasan x Ray. Ketika itu, pakar kanak kanak merasakan mungkin ada j4ngkitan kuman sahaja pada paru paru Soffea.

Maka antibiotik dan oksigen terus diberikan. Umi menangis sebab harini umi dah boleh balik, tapi Soffea masih kena tahan di wad NICU. Umi pesan dengan baby Soffea supaya kuat dan jaga diri. Umi balik dulu simpan tenaga. Doa umi tak pernah putus untuk Soffea. Susu umi akan pam nekad untuk Soffea agar dapat kuatkan antibody mu duhai anak. InshaAllah nanti abi dan umi datang ziarah Soffea lagi esok.

Menjelang hari ketiga, pakar kanak kanak Dr Francis merujuk kepada pakar jantung bayi iaitu Dr Chan. Doktor Chan ajak kami berbincang kerana setelah melakukan imbasan ECHO pada jantung baby Soffea yg kecil itu, Dr Chan dapati jantung baby Soffea dilahirkan dalam keadaan yang sangat istimewa. Hampir semua saluran d4rah di jantung Soffea berada dalam keadaan terbalik, suatu keadaan yang dinamakan sebagai Transposition of Great arteries atau singkatannya TGA.

Namun mujur ya dinding jantung Baby Soffea ada berlubang di bawah yang dinamakan VSD. Ini membolehkan sedikit d4rah bercampur dan dapat mewujudkan saluran “Bypass” ke seluruh anggota tubuh Soffea yang kecil. Tanpa lubang itu, seluruh d4rah tidak dapat dipam ke tubuh badan dan akan bertakung dalam paru paru sahaja.

Dr Chan menerangkan bahwa baby Soffea akan dihantar ke Institut Jantung Negara, IJN untuk pembedahan segera jika ingin terus hidup. Abi dan umi terdiam. Kami betul betul buntu dan tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Seumur hidup tidak pernah terlintas bahawa kami akan mendapat rahmat ujian seberat ini.

Sumber : majalah-harian